Dalam tahun 1951, sebuah bangunan tambahan dan bilik darjah telah didirikan
secara gotong royong oleh ibu bapa dan penduduk tempatan. Bilangan murid
bertambah ramai, akhirnya
dalam tahun
itu juga rumah penolong diubah suai dan dijadikan dua buah bilik darjah.
Bilangan murid pada tahun itu adalah seramai 412 org.
Oleh kerana bilangan murid bertambah
ramai, pada tahun 1961, semua bangunan sekolah dan rumah guru penolong telah
dirobohkan. Bangunan baru telah dibina dengan 11 bilik darjah, sebuah pejabat
dan sebuah kantin. Akhirnya bangunan ini telah siap dibina pada
tahun 1962. Ketua Penasihat
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu Encik Aminuddin bin Baki telah merasmikan pembukaannya pada 2 Jun 1962.
Pada tahun 1970, sebuah bangunan baru yang mengandungi 4 buah
bilik darjah, bilik guru dan pejabat serta sebuah bangunan kantin telah didirikan. Bangunan
sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Dato’ Muhamad bin Yaacob, Menteri Pelajaran Malaysia pada 21 Julai 1974.
Pada masa ini, semua bangunan sekolah
dan kantin telah dibekalkan elektrik dan air untuk kemudahan asas kepada
murid-murid dan guru serta kakitangan sekolah. Keluasan kawasan sekolah ini 4E 1R 08.6p .
Pada tahun 2002,
nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah
Kebangsaan Yamtuan Hitam. Nama ini diambil sempena nama Yamtuan Besar
yang kedua. Sekolah ini juga telah dinaikkan taraf daripada gred B kepada gred
A.
No comments:
Post a Comment